- By - admin
- November 22, 2023
- Comments (0)
KUALA LUMPUR – Rita Sarimah Patrick Insol daripada Parti Rakyat Sarawak hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara buat penggal kedua.
Rita Sarimah, 60, mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan pelantikan yang berkuat kuasa hingga 19 November 2026 itu adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Beliau sebelum ini mengangkat sumpah sebagai Senator pada 22 Jun 2020 dan tempohnya berakhir 21 Jun lepas.
Sementara itu, Wan Junaidi dalam ucapannya pada majlis itu percaya pelantikan Rita Sarimah akan meningkatkan lagi kualiti perbahasan dan menimbang usul dalam Dewan Negara.